Ain...Amiraa...Adam..

Ain...Amiraa...Adam..
selamanya~

Friday, December 31, 2010

Hukum sambut tahun baru masihi bagi yang beragama islam!


Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :


Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :


Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :


Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :


Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :


Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :


Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :


Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :


Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :


Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat


Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Tuesday, December 14, 2010

Yang Mana Satu Pilihan Kita?


by Abu Basyer on Wednesday, December 8, 2010 at 10:33pm


Sahabat yang dirahmati Allah,

Apabila kita tanya kepada sesiapa saja manusia di dunia ini bila sudah meninggal dunia kemanakah dia hendak pergi?Ia akan jawab mereka ingin masuk ke Syurga. Kemudian apabila kita tanya lagi soalan kedua adakah dia sudah membuat persiapan untuk memasuki Syurga? Maka kita akan bertemu dengan banyak jawapan. Ada mengatakan masih muda lagi nanti kalau sudah tua baru hendak bertaubat dan membuat amal ibadah, ada jawapan mengatakan belum cukup persediaan dan mungkin ada yang tidak menjawabnya kerana sedang seronok dengan kehidupan di dunia dan tidak mahu fikirkan lagi bab kematian.


Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ; "Semua umatku akan masuk ke dalam Syurga, melainkan orang yang enggan.Sahabat merasa hairan lalau bertanya : "Ya Rasulullah ! Siapa yang tidak suka masuk Syurga?Maka Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk Syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku (sunnah) maka orang itulah yang tidak mahu masuk Syurga."(Hadis Riwayat Bukhari)


Sahabat yang dimuliakan,

Berdasarkan hadis di atas marilah sama-sama kita renungkan di manakan nasib kesudahan kita nanti? Adakah kita akan di masukkan ke dalam Syurga atau di campakkan ke dalam Neraka?

Di dalam kehidupan dunia yang penuh tipu daya ini, apakah yang ingin kita cari sebenarnya? Adakah kekayaan, kemewahan, kesenangan yang kita kecapi menjamin untuk kita masuk ke dalam Syurga? Ataupun semua ini menjadi sebagai perangkap kepada kita untuk di campakkan ke dalam Neraka? Tetapi kenapalah ramai manusia memilih untuk dijadikan bahan bakar api Neraka?Persoalannya adakah kita percaya kepada hari akhirat yang pasti akan berlaku? Sejauh manakah keimanan kita semua beriman kepada Allah s.w.t.


Cuba kita semua bayangkan betapa dahsyatnya seksaan yang paling ringan di Neraka dengan bahang bara api diletakkan dibawah tapak kaki pun sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, apatah lagi kalau seksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas sehingga boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini pun kita sudah menjerit kepanasan dan kita tidak mampu menahannya walaupun masa seminit, cuba bayangkan betapa pedihnya seksaan apa Neraka yang berterusan tanpa henti-henti.


Oleh itu marilah kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t., perbanyakkan bertaubat dan beristighfar memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t. menerima semua amalan yang kita kerjakan.


Sahabat yang dihormati,

Di ceritakan bagaimana suasana yang mengerikan pada hari kiamat nanti, seorang demi seorang manusia akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. di "Mahkamah Qadhi Rabbun Jalil". Tidak ada seorang jua pun yang sanggup menolong orang lain, walaupun dia ada sahabat karibnya sewaktu di dunia dahulu, ataupun anak dan isterinya. Pada masa itu tiada lagi pembantu peribadi dan tiada lagi peguam bela.Kalau di dunia mungkin boleh mencari peguam yang terbaik untuk membela nasib tuduhan terhadapnya tetapi tidak pada hari tersebut. Manusia pada ketika itu ada yang tidak berpakaian tetapi mereka tidak sempat untuk memikirkan malu atau tidak kerana masing-masing takut dengan bakal hukuman yang akan di jatuhkan oleh Allah s.w.t. terhadap perbuatannya ketika di dunia.


Selain itu, apabila membicarakan tentang berapakah dalamnya jurang api Neraka? Rasanya tidak mampu kita menghitung berapakah dalamnya jurang api Neraka yang di tempuh oleh perjalanan kepantasan batu besar yang jatuh dalam masa 70 tahun lamanya. Apa yang lebih mengerikan lagi ialah apabila jurang yang teramat dalam ini dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk seksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu Neraka itu akan di tutup serapat-rapatnya. Maka pada ketika itu, tidak ada seorang pun di antara penghuninya yang dibenarkan keluar daripadanya. Seksaan demi seksaan, habis satu jenis seksaan masuk pula pada jenis seksaan yang lain dan begitulah seterusnya. Alangkah malangnya bagi mereka yang mendapat seksaan tersebut.

Walau bagaimanapun , ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah s.w.t. di bawah Arasy Allah s.w.t. yang mulia di hari akhirat nanti..Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan bertuah ini seperti hadis Nabi s.a.w di bawah :


Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

1. Pemimpin yand adil.

2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid.

4. Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'Aku takutkan Allah' .

6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya. dan

7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah s.w.t.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Sahabat,

Manusia yang jauh daripada rahmat Allah akan mengalami sakit jiwa. Jiwanya tidak tenang dan sukar untuk menerima kebenaran dan sentiasa sibuk dengan kesenangan hidup di dunia yang melekakan. Hatinya dibaluti dengan cinta harta, cinta tahta dan cinta wanita yang semakin menebal di dalam sanubarinya. Mereka tetap memilih jalan ke Neraka dan merasa bangga dan terus berkubang dengan lumpur kekafiran dan hanyut bergelumang dengan lautan maksiat yang akhirnya mereka akan di bawa oleh arus seterusnya menghantarkannya mereka ke pintu api Neraka. Na'uzubillahiminzalik.


Oleh itu marilah sama-sama kita berdo'a kepada Allah s.w.t. agar kita dikurniakan 'husnul khatimah" (penutup yang baik) iaitu mati dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t dan dapat mengucapkan kalimah "Laa illaha illalah" di akhir hayatnya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari Neraka Jahannam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api Neraka Jahannam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan daripada api Neraka Jahanam”.


Kita juga memohon perlindung dengan Allah s.w.t daripada "Suul khatimah" (penutup yang buruk) atau mati dalam keadaan berlumuran dengan dosa dan kesalahan.


Muhasabahlah diri kita sekarang ini kerana sesudah kita bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada gunanya penyesalan pada masa itu. Pintu taubat masih terbuka dan Allah s.w.t sentiasa bersedia menerima taubat dan permohonan keampunan daripada hamba-hamba-Nya.

Kebaikan dan Fadhilat Beristighfar Setiap Hari


by Abu Basyer on Thursday, December 9, 2010 at 11:05am


Sahabat yang dirahmati Allah,

Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.


Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa.


Allah s.a.w. memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya yang bermaksud :"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi"(Surah an-Nisaa ayat 106)


Firman Allah s.w.t maksudnya :"Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)."(Surah Muhammad ayat 19)


Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah Allah s.w.t. pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan sebagai orang Mukmin untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).


Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat banyak kebaikan dan fadhilat beristighfar. Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)


Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"

(Hadis Riwayat Al Hakim)


Kedua : Mendapat balasan Syurga.


Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” (Surah al-Imran ayat 135-136)


Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.


Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.


Ketiga : Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .


"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).


Keempat : Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”


Kelima : Tidak akan mendapat penyakit lupa (nyanyuk).


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”


Keenam : Di bebaskan daripada kedukaan , menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"(Hadis Riwayat Abu Dawud).


Sahabat yang dikasihi,

Basahkanlah lidah kita dengan istighfar setiap hari lebih daripada 100 kali kerana Nabi s.a.w yang bersifat maksum dan tidak berdosa pun beristighfar 100 kali sehari, maka kita yang penuh dengan noda dan dosa perlu beristighfar lebih banyak lagi oleh itu lakukanlah sebanyak-banyak yang boleh.


Lidah yang sentiasa beristighfar akan di benci oleh syaitan dan syaitan tidak akan hadir bersama kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat (beristighfar) dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".


Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'


Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin.

Kesenangan Hidup di Dunia Jangan Melupakan Kita Kehidupan di Hari Akhirat

by Abu Basyer on Thursday, December 9, 2010 at 11:19pm


Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup di dunia ini adalah jambatan untuk menuju hari akhirat. Hidup di dunia ini sama ada miskin, kaya, berpangkat, berpelajaran dan tiada kelulusan semuanya adalah ujian Allah s.w.t. Setiap seorang akan ditanya akan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Semakin besar pangkat seseorang atau semakin banyak hartanya di dunia maka semakin besar ordit dan pemeriksaan keatasnya di hari akhirat nanti. Satu persatu akan dihitung dari mana dia peroleh harta itu dan kemana pula dia membelanjakannya. Para pemimpin pula tidak akan terlepas dari soalan adakah beliau merasuah rakyat untuk memilihnya menjadi pemimpin dan setelah berjaya dilantik menjadi pemimpin adakah harta rakyat dipergunakan dengan seadil-adilnya?

Semua soalan-soalan ini perlu kita jawab dahulu di dunia ini sebelum disoal, diordit dan disiasat di Mahkamah Allah s.w.t di hari akhirat nanti. Jika lulus alhamdulillah akan mendapat ganjaran besar dimasukkan ke dalam Syurga tetapi bila gagal maka penyesalan dan ketakutan akan menghantui dirinya dan ketika itu tidak berguna lagi penyesalan.


Sahabat yang dimuliakan,

Sejarah telah membuktikan bahawa pengaruh harta benda dan perniagaan akan melanda sesiapa saja tidak kita sama ada dia orang beriman atau tidak beriman jika tidak berhati-hati di dalam kehidupan ini. Hati dan jiwa tidak boleh terputus untuk beriman kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingati kematian dan hari akhirat.

Contoh Qarun asalnya seorang beriman dan miskin . Dia dilantik oleh Nabi Musa a.s. sebagai pembantunya menulis wahyu daripada Allah s.w.t. Dia diajar dengan ilmu oleh Nabi Musa untuk menukarkan barangan logam biasa menjadi emas. Dengan kekayaan ini Qarun telah gagal untuk membayar zakat dan menjadi penentang pula kepada Nabi Musa a.s. dan cuba memfitnah baginda. Akhirnya dia dibenamkan ke perut bumi dengan hartanya sekali kerana kekufurannya.


Contoh kedua seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Tsa'labah. Beliau adalah seorang yang miskin. Semasa beliau meskin beliau adalah seorang yang patuh dan sentiasa solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w. Tiap-tiap waktu, sebelum Bilal azan beliau sudah berada di masjid ,dan mengambil saf pertama. Biasanya selepas sahaja salam lantas beliau terus balik ke rumah di sebabkan beliau hanya ada sehelai kain sahaja untuk di gunakan isterinya untuk solat di rumah.

Tsa’labah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w kemiskinannya dengan sedih dan hiba dan meminta Rasulullah s.a.w mendoakannya, agar menjadi kaya, supaya dapat dengan tenang mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t. Mulanya Nabi s.a.w menasihatkannya agar jangan menjadi kaya takut beliau tidak dapat menguasai hartanya dan menguasai nafsunya. Oleh kerana berkali-kali di desak oleh Tsa’labah, Nabi s.a.w pun mendoakannya untuk menjadi kaya seperti yang di minta dan memberikannya sepasang kambing sebagai modal.


Dengan menerima kambing itu, di jaganya bersungguh-sungguh dengan takdir Allah, kambing yang di peliharanya menjadi dan berkembang biak. Oleh kerana kambingnya telah membiak dengan banyaknya Tsa’labah mengembala di luar Madinah. Dengan kesibukannya mulalah beliau tidak datang solat berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w, hinggakan solat Jumaat pun beliau meninggalkannya. Tsa’labah sudah lupa daratan, lupa janjinya kepada Rasulullah s.a.w untuk terus istiqamah dengan Islam bila menjadi kaya raya.


Apabila arahan dari Nabi s.a.w untuk membayar zakat Tsa’labah berkata kepada wakil Nabi s.a.w katanya :“Apa kata kamu? Aku mesti mengeluarkan zakat ternakanku? Dan hendak di berikan kepada orang miskin yang malas bekerja itu? Bagus betul cara kamu ni. Begitu susah dan sakitnya aku memelihara dan menggembala kambingku ini, di suruh pula memberikan sebahagiannya kepada pemalas-pemalas itu. Aku tidak akan mengeluarkannya walau setengah ekor pun”


Dengan keenganan beliau membayar zakat, Nabi s.a.w memutuskan tidak akan menerima zakat Tsa'labah samapi bila-bila. Dizaman Sayyidaina Abu Bakar dan Sayyidina Umar beliau minta hendak membayar zakat ternakannya tetapi ditolak oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.


Akhirnya bala Allah turun. Dengan takdir Allah , penyakit datang kepada kambing-kambing Tsa’labah, bermula 5 dan 6 ekornya mati .Bertambah sedih Tsa’labah atas kematian kambing-kambingnya dan beliau mengutuki Allah dan mengatakan Allah tidak adil kepadanya.Akhirnya beliau sendiri di timpa penyakit dan mati dalam keadaan murtad dan menolak hukum Allah s.w.t.


Berdasarkan dua kisah di atas dapatlah kita menggambil pengajaran bahawa segala ajaran Islam yang di fardukan oleh Allah s.w.t kepada kita perlulah di laksanakan dengan sempurna tanpa syarat.


Islam adalah satu cara hidup yang sempurna yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia. Islam meminta kita menjaga hubungan dengan Allah s.w.t di dalam ibadah khusus dan menjaga hubungan sesama manusia.


Kisah-kisah di atas adalah sebahagian dari kisah-kisah lain yang telah terbukti berlaku balasannya di dunia lagi. Bayangkan betapa azabnya mereka-mereka yang ingkar suruhan Allah s.wt ini akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. semasa di alam barzakh dan hari akhirat nanti.


Sahabat yang dikasihi,

Orang-orang yang beriman tidak akan memikirkan hanya dirinya dan ahli keluarganya sahaja untuk terselamat dan bebas dari azab Allah. Tetapi dia juga memikirkan bagaimana dia hendak berusaha supaya umat Islam yang lain terselamat juga dari menerima azab Allah s.w.t. Oleh itu dia tidak boleh berdiam diri, dia mesti dan wajib menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.


Orang-orang Mukmin akan merasai bahawa tanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran Islam, membaiki akhlak mereka dan mengerakkan mereka yang sedang tidur lena dengan mimpi-mimpi indah yang melekakan, supaya bangun bersama-sama untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada Allah s.w.t. Kemajuan teknologi sekarang ini cukup melekakan semuanya di hujung jari. Di dalam internet sahaja terdapat 1001 macam kebaikan dan keburukan. Gunakanlah kemudahan dan kebaikan ini untuk menyampaikan dakwah.


Thursday, December 2, 2010

SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA.. IFC PATUT DITENTANG!!!!!!

by Chinta Chandurry on Monday, November 29, 2010 at 3:21am

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan.


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

RAHSIA SOLAT YANG TIDAK KITA KETAHUI

Wudhu'..

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri..

Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Agar selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu..

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.

Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',

(DOA TENGOK CERMIN)

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"

(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku).

(HR Ahmad).

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i..e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan.Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

INI LAH RAHSIA SOLAT,

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"